Diterbitkan pada Oktober 14, 2026
Port Dickson sememangnya terkenal dan dikenali ramai sebagai destinasi percutian pantai yang menyeronokkan, namun bagi mereka yang ingin mendekatkan diri dengan alam, pengalaman berkhemah di Port Dickson menjanjikan sesuatu yang jauh lebih istimewa. Bayangkan anda bangun pagi disapa angin laut yang sejuk, bunyi ombak yang tenang serta aroma kayu api yang masih berbara daripada unggun malam tadi–semuanya menjadi realiti dalam sesi perkhemahan yang penuh dengan keajaiban semula jadi.
Dalam artikel ini, kami bawakan lima tapak khemah terbaik yang bukan sahaja mempesonakan dari segi lokasi dan juga lengkap dengan kemudahan asas, untuk menjadikan pengalaman berkhemah di Port Dickson lebih mudah, selesa dan menggembirakan.
H&N Campsite
Untuk pengalaman malam yang lebih eksklusif dan romantik, cubalah Dickson Dragon Sunset Cruise di Port Dickson. Pelayaran ini membawa anda mengelilingi perairan Teluk Kemang sambil menyaksikan matahari terbenam yang memukau. Dengan snek dan minuman disediakan atas bot, ia sesuai untuk pasangan atau keluarga yang ingin menikmati malam yang tenang dari sudut pandang yang berbeza.
Alamat: LOT 1341, Jalan Pantai, Batu 4, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan.
Waktu Operasi: 11:00am – 10:00pm
Hubungi: +6013 932 1425
Tapak Perkhemahan Pantai Sri Purnama
Bagi mereka yang yang mencari pemandangan laut yang memukau dalam suasana yang jauh dari kesibukan, Campsite Pantai Sri Purnama menawarkan lokasi yang sempurna. Pasir putihnya yang halus serta susasana sekitar yang masih belum dibanjiri pelancong menjadikannya lokasi ideal untuk berkhemah secara santai. Di sini, anda boleh menikmati matahari terbit dari dalam khemah atau berjalan di pesisir pantai sambil ditemani bunyi ombak yang tenang – sebuah pengalaman yang benar-benar mendamaikan.
Alamat: Jalan Pantai 3, Tanjung Tanah Merah, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan.
Hubungi: +6012 572 3800
Seri Ratu Campsite
Kalau anda lebih senderung kepada pengalaman yang membawakan elemen tradisional dan suasana desa, Seri Ratu Campsite merupakan lokasi yang wajib anda kunjungi. Terletak di kawasan pedalaman dan dikelilingi kebun getah yang menghijau, tapak ini membawa anda kembali ke suasana kampung yang menenangkan. Kebersihan tapaknya sangat terjaga dan keseluruhannya menawarkan suasana yang sangat sesuai untuk healing dalam suasana tenang jauh dari hiruk-pikuk bandar.
Alamat: Seri Ratu Campsite, Tanjung Tanah Merah, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan.
Hubungi: +6011 3549 8660
PD Mayangsari Campsite
Bagi anda yang inginkan kemudahan lengkap seperti bilik mandi, tandas dan juga gerai makanan berhampiran, PD Mayangsari Campsite adalah pilihan yang praktikal dan berbaloi. Tapaknya sering menjadi pilihan untuk acara keluarga dan kumpulan kerana suasana yang luas dan mesra pengguna. Ditambah pula dengan pemandangan pantai yang damai serta flora dan fauna semula jadi, tempat ini sangat sesuai untuk semua peringkat umur–daripada kanak-kanak sehinggalah warga emas.
Alamat: Pantai Mayangsari Campsite, Batu 3 Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan.
Hubungi: +6017 414 8311
Pantai Cermin Campsite
Terletak agak tersembunyi daripada arus pelancongan utama, Pantai Cermin Campsite memberikan pengalaman berkhemah di pantai Port Dickson yang lebih peribadi dan eksklusif. Dikenali untuk pemandangan matahari terbit yang menakjubkan dan suasana laut yang sangat damai, ia merupakan destinasi kegemaran bagi mereka yang menakjubkan dan suasana laut yang sangat damai, ia merupakan destinasi kegemaran bagi mereka yang mahukan ketenangan. Kemudahan asas seperti tandas, bilik tandas dan kawasan BBQ turut disediakan, menjadikan setiap detik di sini selesa dan senang.
Alamat: 4a, Jalan Pantai, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan.
Kesimpulan
Port Dickson ternyata menyimpan pelbagai khazanah lokasi perkhemahan yang menakjubkan–dari pantai yang terpencil dan tenang, ke kawasan yang penuh dengan kemudahan moden untuk keluarga. Setiap tapak yang disenaraikan menawarkan pengalaman tersendiri yang mampu mengubah persepsi anda terhadap percutian dalam negeri.
Jika anda sedang mencari tapak khemah di Port Dickson yang bukan sahaja selesa tetapi juga memberikan pengalaman menikmati alam, lima lokasi ini wajar diberi peluang. Siapkan khemah, bawa bersama semangat pengembaraan, dan rasai sendiri ketenangan luar bandar yang hanya boleh ditemukan melalui pengalaman berkhemah di Port Dickson ini. Dan kalau anda perlukan tempat berehat yang lebih selesa selepas berkhemah, bolehlah pertimbangkan untuk menginap di Grand Lexis Port Dickson.
|
Grand Lexis Port Dickson For those seeking seclusion amidst nature’s tranquility and the opulence of an elegant seaside retreat, Grand Lexis Port Dickson is the definitive destination featuring 323 private pool villas that seamlessly blend resplendent design with comfort. |




